KALAU KITA CEDERA DILANGGAR KENDERAAN YANG TIADA INSURANS NAK TUNTUT PADA SIAPA?

Mengikut pengalaman kami majoriti pihak guaman tidak ambil kes mangsa yang dilanggar kenderaan yang tiada insurans. Selalu mereka akan cakap “maaf kes tak boleh buat”.

Aduhai..Dah la cedera..Owner kenderaan tu pulak tak nak bayar sebab dia kata bukan salah dia. Takkan nak kena keluar duit sendiri masuk hospital? Kat mana kita boleh claim?

Berita baik untuk anda semua.. kami juga menguruskan kes MIB. Tapi kena baca sampai habis.

Sebenarnya, ramai yang tak tau jika berlaku kes macam ni sebenarnya kita boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
Sebenarnya, ramai yang tak tau jika berlaku kes macam ni sebenarnya kita boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)


MIB tu apa? Company insurans ke?

MIB sebenarnya ada dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans di Malaysia wajib carum ke dalam MIB.

Tapi ada beberapa perkara yang kita perlu tau sebelum claim dengan MIB:

  1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
  2. MIB tak terima kes langgar lari dan WAJIB tau no plat kenderaan yang melanggar
  3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian. Seeloknya tempoh 2 tahun kebawah.
  4. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income dan lain2 MIB tak cover.
  5. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri

Dokumen yang diperlukan MIB untuk claim pampasan ni sama seperti dokumen yang diperlukan untuk claim pampasan seperti biasa. Boleh rujuk di homepage kami. Sekiranya anda ingin kami membantu uruskan claim di MIB boleh terus hubungi kami.