AKMAL HAKIM | BIC EXPERT

Your Injuries, Your Rights, Your Compensation : Bodily Injury Claims Made Simple

Tuntutan Pampasan Kecederaan Kematian Kemalangan Jalan raya

Siapa yang boleh membuat Tuntutan ?

Anda atau penumpang yang mengalami apa jua jenis kecederaan ataupun kematian yang disebabkan oleh kemalangan akibat kecuaian dan kelalaian dari pihak lain. Sekiranya dapat dibuktikan kesalahan pihak bertanggungjawab atas situasi yang timbul dari kecelakaan yang dapat dicegah, maka pampasan dapat dituntut.

Tuntutan pampasan dibuat melalui lantikan pihak guaman yang dipercayai dan anda tidak perlu menyediakan pembayaran pendahuluan untuk menjalankan proses tuntutan sehingga selesai. Pihak guaman akan membantu anda mendapatkan pampasan yang sewajarnya.

Dokumen yang Diperlukan

Dokumen Sokongan:
Frequently Asked Questions

Soalan Lazim

  1. Dapatkan maklumat penting beserta gambar seperti dibawah:
    -No Plat dan jenis Kenderaan yang terlibat
    -Lokasi, Tarikh dan Waktu kemalangan
    -No Ic serta nombor telefon pihak yang terlibat
    -Insurans kenderaan yang terlibat.

  2. Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Jika mangsa tercedera waris boleh memberi keterangan dahulu agar polis dapat membuat siasatan awa.

  3. Jalani rawatan perubatan di klinik/hospital dan dapatkan salinan laporan atau apa sahaja dokumen berkaitan rawata.

  4. Sediakan segala dokumen, resit-resit, bila berkaitan rawatan dan kemalanga.

  5. Lantik mana-mana pihak guaman yang diyakini untuk uruskan tuntutan. Dan dapatkan khidmat nasihat wakil guaman terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis agar kita berada di pihak yang benar yang melayakkan kita mendapat tuntutan.

  6. Ikut proses yang telah dimaklumkan pihak guaman dan bersabar menunggu sehingga urusan pampasan selesai.

Di Malaysia, perlindungan insurans yang minimum ialah perlindungan insurans pihak ketiga. Dalam subseksyen 96(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah ditetapkan bahawa dalam tuntutan ganti rugi yang melibatkan kecederaan perlu dibayar oleh syarikat insurans yang melindungi kenderaan yang terlibat/bersalah.

Tuntutan ganti rugi hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetaplan oleh undang-undang dibawah Akta Had Masa [Akta 254] dan Akta Undang-Undang Sivil 1956. Jika melebihi tempoh yang ditetapkan, maka tuntutan ganti rugi tidak boleh lagi dibuat. Tempoh masa tersebut ialah:

(a) Jika tidak melibatkan kematian – 6 tahun dari tarikh kemalangan
(b) Jika melibatkan kematian – 3 tahun dari tarikh kemalangan
(c) Jika melibatkan pihak kerajaan – 3 tahun dari tarikh kemalangan

Terdapat 3 jenis tuntutan boleh dibuat dalam sesuatu kemalangan. Sama ada kemalanga maut, kecederaan dan kerosakan kenderaan.